Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Ayam masak sambal menggunakan cili besar - kesukaan anak-anak. cepat, mudah dan sedap.

 bismillahirrahmanirrahim..

ALhamdulillah, segala puji ALlah. Selawat dan salam buat Rasulullah Kekasih Allah.

bila bercerita perihal rezeki, dalam fikiran kita akan terus terfikir makanan kerana setiap hari kita akan makan lebih kurang 5 kali sehari, bermula dengan bersarapan, makan tengahari, minum petang, makan malam dan minum malam (supper). 

Tapi tidak semua orang menikmati hidangan lima kali sehari, 

rezeki bukan tertakluk bentuk makanan semata, rezeki ALLAH sangat luas termauklah rezeki oksigen yang kkita hirup setelah lahir dan sehingga hayat hiduo kita. adakah kita telah ucapkan alhamdulillah, tanda syukur kita kepada ALLAH?


Dalam Surat Ibrahim ayat 7, Allah berfirman: 

                                 وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

Ertinya: Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhan kalian memaklumkan, "Sesungguh­nya jika kalian bersyukur (atas nikmat-Ku), pasti Kami akan menambah (nikmat) kepada kalian; dan jika kalian mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangatlah pedih."

Pertama kali ini saya memperlajari masakan ini adalah selepas berkahwin dalam bentuk hidangan Ikan bersambal. Memang rasa terpegun dan terpersona dengan cara memasaknya dan rasanya.  

 Setiap orang mempunyai citarasa masakan tersendiri bermula dari penyediaan bahan dan penggunaan bahan perisa. Mak mertua biasa gunakan cili api, memang rasanya sedap dan pedas. Lagi syahdu bila makan bersama nasi panas. Manakala kakak ipar masak menggunakan sepenuhnya cili besar. Bila sudah mempunyai anak, anak-anak pula sukakan masakan bersambal, memandangkan mereka masih kecil. Perut anak-anak ada yang tidak tahan pedas, jadi saya menggunakan cili besar.

Jika saya perhatikan cara mak mertua saya memasak sambal , biasanya penggunaan halia mestilah ada untuk memasak sambal. Pengunaan halia tidaklah terlalu banyak tetapi jika saya tidak meletakkan halia dalam masakan ternyata rasanya memang sedikit berbeza.



RESEPI AYAM MASAK SAMBAL CILI BESAR 

Bahan

setengah ekor ayam

1 labu bawang sederhana bersar ( dikisar kasar)

7-10 tangkai cili besar ( dikisar halus)

2 ulas bawang putih ( kisar kasar 

1/2 inci halia ( kisar kasar)

sedikit ikan bilis/ kiub ayam

setengah sudu asam jawa( saya guna asam jawa biji)

garam secukup rasa

gula kelapa/gula melaka/gula putih (optional mana yang ada, kalau nak sedap guna gula kelapa)

Cara

1- Bersihkan ayam, perisakan dengan garam dan kunyit. Goreng sederhana masak.

2- kisar kasar Bahan kisar menggunakan blender kering atau grinder. 

3- Tumis bahan kisar, masukkan terus garam, gula, asam jawa. Saya gunakan minyak masak agak banyak supaya masak menumis tidak terlalu kering, Masukkan sedikit air jika perlu. Tumis sehingga warna tumisan tadi sedikit keperangan. Jangan terlalu garing nanti rasa tak berapa lembab . kemudian, masukkan air asam jawa (jangan terlalu banyak nanti masam sebab kita bukan nak masak asam pedas). 

4- Masukkan ayam yang telah digoreng sederhana masak tadi, masak sehingga masak.

5- Boleh masukkan bahan perisa seperti kiub ayam, secukup rasa. saya biasa gunakan mushroom seasoning.

Untuk hidangan ini sangat disuaikan dengan masakan berkuah air atau lemak seperti lemak labu, lemak kobis putih, kobis bening, dan sebagainya mengikut kesesuaian dan kesukaan masing-masing. Hidangan ini menjadi kegemaran anak-anak kami. 







Hidangan hari ini disajikan bersama bendi rebus hasil daripada kebun mini kami, alhamdulillah.





maaf di atas kekurangan, moga ada manfaatnya, selamat mencuba :)

Post a Comment

0 Comments