Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Pertandingan ANIMAL SHAPE CRAFT sempena STEM MATEMATIK SKLK 2021

 Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah..

Malam tadi Ahmad Ammar baru selesai membuat tugasan untuk penyertaan STEM MATEMATIK.

Pertandingan ini sudah lama dilancarkan cuma belum disebabkan kekangan masa yang terhad. Tugasan ini secara tidak lansung meminta kita untuk menghadap anak supaya proses membuatnya berjalan lancar.

Di bawah adalah syarat-syarat untuk menyertai pertandingan ini. Terbuka untuk murid Tahun 1. 



🍭Bersempena Bulan STEM SKLK, Panitia Matematik telah menganjurkan Pertandingan menghasilkan  kraftangan Haiwan *'ANIMAL SHAPE CRAFT'*

🍭Syarat-syarat penyertaan seperti dinyatakan dalam poster ini. Setiap murid dibenarkan menghantar *SATU* penyertaan  sahaja.

🍭Hasil tugasan murid perlu dihantar kepada *Cikgu Izzah* melalui telegram cikgu. Murid hanya perlu *'SNAP' gambar* sahaja.

🍭 Tuliskan *NAMA PENUH dan KELAS* semasa menghantar hasil  kraftangan kamu.

🕹️Tarikh tutup penyertaan pada *24 Julai* taw!

*JOM RAMAI-RAMAI SERTAI SEKARANG*
🎁🎀🎀🎀🎈🎈🎁

Stay safe!

🧕Cikgu Izzah 🥰

 ------------

Malam tadi lepas Isyak terus on laptop pinjaman sekolah. Sejujurnya dah lama tinggalkan dunia mengadap laptop. Teringat zaman belajar mengadap laptop berjam-jam untuk menyiapkan assignment. 

Sekarang ini dah buat Microsoft word pun lambat. Hahaha. Memandangkan laptop pinjaman sekolah ini guna Chrome,jadi perlu buka di Google.doc. Jenuh jugalah menekan-nekan.. percubaan gagal juga akhirnya.

Mahu tak mahu,minta jasa baik Abi yang sedang berehat baring di katil. Akhirnya, Abi akur juga menggunakan laptop Office untuk lakaran bentuk binatang. (ANIMAL SHAPE CRAFT). 

Sebenarnya Ammar dah lama memilih nak buat Craft Chicken. Malam tadi dia berubah fikiran juga mahukan bentuk lain. Akhirnya dia kembali kepada "chicken". Itupun setelah memujuknya berkali-kali memandangkan kakaknya mahu juga buat bersama tetapi bukan chicken yang berbeza. Chic and chicken.

Pada awalnya, nak ambil sahaja gambar yang sedia ada di internet. Tetapi kebanyakkan berbayar. 1 gambar sahaja dah $2.50. cubalah darab dengan RM5. Mahu RM10 Juga modalnya. 

Akhirnya Mami pun melakar menggunakan Microsoft word. Jadi seperti ini , (lihat gambar di bawah)

Guna shape untuk melakar gambar ayam. Mula Abi pelik juga, mengapa perlu terus melakar di Microsoft word. Mami membalas selepas siap melakar baru pecahkan gambar untuk dicetak (print).


Inilah hasilnya setelah diasingkan bentuknya. 

Dari laptop Abi , mami lansung email ke ke e-mail Mami untuk simpanan sendiri dan rujukan di masa akan datang.

Mami ada merakam aktiviti Ahmad Ammar membuat CHICKEN CRAFT ini. Sementara kakak Ammar ,Aishah sibuk juga membuat seni yang sama tetapi dengan hasil yang berbeza. 

Jom saksikan Ammar membuat CHICKEN CRAFT ini.
.


HASIL KERJA AMMAR 



Moga Ammar dapat mempelajari sesuatu yang berguna. 
 Bagi yang berminat seni silalah mencuba..
Mata pun dah mengantuk.
Selamat malam. 







Post a Comment

0 Comments