RESEPI DONUT GUNA TEPUNG GANDUM+ TEPUNG ROTI MEMBUATKAN ROTI MENJADI LEBIH SEDAP DIMAKAN.
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, bila ada permintaan, barulah rasa nak buat donut. Sejujurnya ada masa memang Malas juga nak buat donut ni.
Tapi bila datang mood rajin, automatic donut boleh jadi pelbagai perisa. Hehehe
Coklat toping coklat
Coklat letak filling blueberry
Donut tabir dengan gula yang dikisar halus bersama susu tepung Fernleaf
Bila dah telah mencuba pelbagai resepi, sejujurnya
lebih suka menggunakan tepung gandum kerana ia membuatkan rasa donut tadi agak padat dan berat bila dimakan.
Ikut pengalaman sendiri, bila saya menggunakan tepung roti sepenuhnya, saya merasakan rasa donut akan jadi lebih ringan. Mungkin disebabkan oleh lubang udara yang terhasil menyebabkan donut tadi ringan. Bila makan, akan rasa seperti makan angin. Bila menggorengnya juga akan makan minyak jika tidak guna cara yang betul.
Pengalaman saya menggunakan tepung gandum sepenuhnya, struktur donut akan terasa lebih berat dan padat. Cepat kenyang bila memakan.
Jadi resepik ini, saya ingin tepung membuat sedikit penambahbaikan iaitu menggunakan tepung gandum dan tepung roti.
Bahan-bahan:-
200 gram tepung roti
200 gram tepung gandum
50gram Planta (boleh guna buttercup/majerin)
50 gram gula pasir
1 sudu kecil garam (nak kasi rasa lemak sikit)
250-255 gram air (saya guna air tapis biasa.bukan air sejuk)
50gram tepung susu ( boleh guna susu tepung anak jika suka,saya guna Fernleaf)
2 sudu kecil yis (saya guna mauripan. Kalau ada jenama saf instant pun boleh asalkan yis)
200 gram tepung gandum
50gram Planta (boleh guna buttercup/majerin)
50 gram gula pasir
1 sudu kecil garam (nak kasi rasa lemak sikit)
250-255 gram air (saya guna air tapis biasa.bukan air sejuk)
50gram tepung susu ( boleh guna susu tepung anak jika suka,saya guna Fernleaf)
2 sudu kecil yis (saya guna mauripan. Kalau ada jenama saf instant pun boleh asalkan yis)
Caranya:-
Masukkan semua bahan tadi ke dalam Bread maker. Saya gunakan Pensonic. Tekan nombor 11 ( Raw Dough).
Saya akan masukkan yis ke dalam adunan setelah melihat adunan tadi agak sebati. Boleh agak antara minit 5-10 minit. Mesin ini akan uli adunan selama 23minit.
Bila dah siap. Akan bunyi "beep" sebanyak 2 kali. Rehatkan doh sebentar. Kemudian, buang angin.
Kalau rasa nak dapatkan donut debu lagi. Boleh uli lagi selama 23minit.
Dah selesai, keluarkan doh dan boleh tekap donut sehingga selesai.
Kemudian tunggu donut kembang, bolehla goreng dalam kuali minyak yang agak banyak dan panas.
Untuk topping, saya buat 3 perasa,
1- celup dengan coklat yang dicairkan
2- celup dengan topping Blueberry
3- letakkan gula icing (Saya biasanya akan guna gula putih kemudian saya akan blender halus bersama susu tepung anak. Anggaran 3 sudu besar gula , 1 sudu besar susu tepung.
Alhamdulillah, untuk lunch Saya goreng ayam sahaja. Sebab dah banyak sangat menu tambahan di hari Ahad.
Selamat mendonut, selamat mencuba..😘
0 Comments