Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

LOPES HIJAU PANDAN DIHIASI DENGAN KELAPA PARUT

LOPES adalah antara makanan yang terkenal di utara. Kalau kena dengan tekak memang benar rasanya. Sekarang ini sangat mudah nak jumpa makanan Lopes ini. Kadang ada sahaja yang jual pada waktu pagi. Cuma rasanya mungkin berbeza mengikut resepi dan tempat. 

Rahsia kesedapan Lopes bergantung kepada penggunaan daun pisang dan daun pandan asli.


Bahan kuih:

500gram beras pulut (direndam selama 8jam)

540 ml air 

300-350 gram kelapa parut putih

180ml jus pandan (anggaran 8- 10helai daun pandan)

Garam secukup rasa

Sedikit warna hijau jika perlu 


Bahan sirap:

200 gram gula melaka

100 gram gula pasir

350ml air

1helai daun pandan yang disimpul kan


Bahan utama:

Beberapa helai daun pisang yang telah dilayurkan 


CARA MEMBUATNYA: 

1- Tanak pulut bersama air, jus pandan dan sedikit pewarna hijau sehingga separuh masak. 

2- Bahagikan ke atas daun pisang dan bentukkan memanjang seperti silinder. Ikat kedua-dua hujungnya supaya padat. Kukus selama 20-30 minit atau sehingga masak.

3- Buka bungkusan daun pisang, hiris setebal 1sm.

4- Salurkan dengan kelapa parut yang bercampur sedikit garam.

5 - Bagi penyediaan sirap, kerana semua bahan sirap sehingga mendidih. Perlahankan air dan kacau sekali ksekala sehingga sirap menjadi agak pekat.


Tips:

Boleh guna pengukus letrik kerana mudah nak set masa. Agak2 dalam 10minit. Kalau guna dapur gas kena selalu tengok takut termasuk jadi lembik. 

Nak bagi kelapa parut tidak mudah nasi. Kukus sebentar supaya lebih tahan lama. 


Moga bermanfaat. Selamat mencuba. 

Post a Comment

0 Comments