Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

SUP UDANG PEDAS BERSERAI YANG MEMBANGKITKAN SELERA


SUP UDANG BERSERAI

Biasanya masakan udang kita biasa buat tomyam, goreng tepung, paprik. Apa kata kita cuba buat sup udang pula.. jarang orang masak sup udang ni kan...hihi


Bahan-bahan:

+/-500gram udang yang dibuang kulit kecuali ekor

100gram cendawan abalone segar. Boleh tukar dengan cendawan lain seperti cendawan tiram, 

1.5 liter stok ayam ( bersamaan 1 botol mineral besar) . Boleh juga masukkan 1 kiub stok ayam Knorr/maggi.

5-10 biji cili padi (ditumbuk kasar) mengikut citarasa kepedasan masing-masing

3 biji bawang besar - dipotong

2 biji tomato - dipotong 

2 inci lengkuas-dihiris

3 batang serai - dihiris

3-5  helai daun limau purut bergantung kepada kebesaran daun

3 tangkai daun ketumbar - dipotong

3 sudu besar jus limau nipis

3 sudu besar sos ikan

1 sudu besar pes tomyam (jenama apa pun boleh)

Gula pasir secukup rasa


Cara membuatnya:-

1- Didihkan stok ayam. Masukkan serai, lengkuas, bawang besar, daun limau purut dan pes tomyam. Biarkan mendidih seketika dan direnekkan dengan api yang perlahan.

2. Masukkan cendawan, tomato, udang dan cili padi. Perkasakan dengan jus limau dan sos ikan 

3. Biarkan mendidih seketika,  kemudian angkat dan hiaskan dengan hirisan daun ketumbar. Bagi membangkitkan lagi rasa dan bau.


Info tambahan:-

Resepi ini tidak memerlukan garam kerana sos ikan telah membuatkan sup ini jadi masin.

Boleh juga gantikan daun ketumbar Jawa. Baunya juga wangi dan harum seperti ketumbar. 

Hidangan yang pasti terangkat bila dimakan panas bersama nasi panas. Dihidangkan juga bersama telur dadar dan sambal belacan. Pasti bertambah nasi 😋😋😋




Post a Comment

0 Comments