Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Resepi Kek Pisang Bakar




Pisang merupakan buah-buahan yang boleh dimakan tanpa perlu dimasak. Pisang juga boleh dimasak dan dijadikan pelbagai hidangan makanan bergantung kepada jenis pisang.






==========

Pisang antara pokok yang banyak di tanam di Malaysia. Ianya juga mudah ditanam. Ianya mudah didapati di kawasan kampung.

Antara hidangan pisang adalah:-
Kek Pisang Bakar
Goreng pisang
Lepat pisang
Cencodok pisang
Kerepek pisang
Bubur pisang
dll

======

Hari ini Saya ingin kongsikan resepi KEK PISANG BAKAR. Original resepi daripada Mak Azlina Ina (ushawan kek melayu muslim yang berjaya). 

Mudah untuk dicuba...

====================

Ok, Jom  Kita cuba ... 

bismillah..


Sebagai pengenalan tentang pisang.
 Harap tiada yang confuse dengan penjodoh bilangan. Sebiji,sesikat,sesisir dan setandan. 
Sebagai rujukan Kita untuk recall dan dan refresh. 

-------

Azlina Ina menamakan resepi ini sebagai KEK PISANG BERURAT GEBU. Saya menamakan KEK PISANG BAKAR SIS ASTER.🌼🌻


Bahan-bahannya:-

- anggaran 4 biji Pisang Berangan atau Pisang Emas
 ( untuk dapatkan secawan) + 1 Sudu 1/2 soda bikarbonat. (Pisang dilenyek dan dicampurkan dengan soda bikarbonat) peram 30minit (sampai permukaan hitam) . Kemudian kacau dan peram lagi 30minit.




- 4 biji Telur ( Saya gunakan telur Gred B) 



- 1 sudu besar ovalate



- 1 cawan Gula Perang ( jika tiada boleh guna Gula putih castor) 



- 2 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil Baking Powder (diayak bersama)

( Gambar 1 cawan tepung. Sukatan 2x ikut resepi)

- 1 cawan minyak masak



Cara-caranya:-

1. Lecek pisang tadi dalam sukatan 1 cawan.
Kemudian masukkan 1 sudu 1/2 sudu kecil soda bikarbonat dalam pisang yang dilecek tadi kemudian gaulkan dan tutup . Tunggu sehingga 30 minit akan kelihatan hitam pada permukaannya. Gaulkan lagi dan peramkan lagi selama 30 minit.
2. Masukkan 4 biji Telur bersama Gula dan Ovalate ke dalam mixer. 


Mix sampai gebu. Nampak adunan keputihan. Bila diangkat akan jatuh perlahan-lahan.

3. Masukkan minyak masak tadi sedikit demi sedikit.
4. Matikan mixer. 
5. Masukkan Pisang tadi ke dalam adunan dan (tepung + Baking powder yang telah diayak) ke dalam adunan sedikit demi sedikit.kacau sehingga rata.
6. 1/2 sudu kecil perisa pisang/Esen Vanilla.




7. Masukkan kedalam bekas loyang 6/7/8 inci. Ikut loyang ada di rumah. Kalau Ada loyang bulat pun boleh. kalau guna loyang 10inci nanti kek nampak rendah sangat..hihi. Sebelum itu,pastikan sapukan minyak pada permukaannya loyang dan lapikkan dengan kertas minyak. (Kalau tiada kertas A4 pun boleh, biasa saya guna 2 helai). 
8. Hiris pisang kemudian hiaskan di atas adunan.


9. Sementara itu,boleh panaskan oven dalam 5 minit.
10. Bakar dalam oven 170 dalam Masa 45-50 minit.
Kalau nak kukus dalam 45minit.




======================

Alhamdulillah.. kek ini menjadi hidangan kami sempena Hari Lahir Anak² yang lahir pada bulan Julai. Ammar dan Alisha ( sambutan di sambut pada 19 Julai 2020)





Post a Comment

4 Comments