Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Resepi Ayam Goreng Ala KFC Rangup dan Mudah

Malaysian Fried Chicken

Hari ini nak kongsi resepi ayam goreng ala kfc ranggup dan mudah. Ini dipanggil  Malaysian Fried Chicken ya bukan betul-betul Kolonel Fried Chicken 😄. Pasti anak² sukakannya.


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
💞سُـبْـحَـانَ ٱلله💞ٱلْـحَـمْـدُ للهِ💞الله أكبر💞


AYAM GORENG ALA KFC RANGGUP DAN MUDAH / Malaysian Fried Chicken

Ramuan

Bahan A (diperap sejam dalam peti sejuk bawah)

1 ekor ayam potong (ditos terlebih dahulu)
7 ulas bawang putih tumbuk
2 sudu besar serbuk cili (kalau suka pedas boleh tambah 2 sudu lagi)
1 sudu serbuk kari ayam
Secubit ajinamoto / AJI-SHIO lada putih
Secubit soda bikarbonat
2 sk garam
Sedikit air 

Bahan B ( tepung goreng)

*2 cawan tepung jagung
*1/2 cawan tepung gandum
*1 sudu serbuk cili (siapa suka pedas boleh lebihkan cili)
* Garam secukup rasa
*secubit soda bikarbonat
* Gaul sebati

Bahan C 

1biji telur 

Langkah 

1. Perap ayam 1 jam dengan bahan-bahan
perap tadi.
2. Gaulkan sebati Bahan B 
3. Selepas itu pukul telur, celup ayam dalam telur supaya tepung mudah melekat pada ayam.
4. Ambil bekas yang ada penutup, masukkan ayam yang bersalut telur ke dalam bahan B. Goncang-goncang bagi sebati. 
4. Panaskan minyak yang dibanyak  dalam periuk yang dalam kerana ayam akan digoreng dengan kaedah deep frying.
5. Tunggu ayam nampak kekuningan dalam 15minit.kemudian boleh angkat.
6. Dah boleh sediakan Malaysian Fried Chicken untuk rebutan anak-anak.😁
 

Post a Comment

0 Comments