Bismillah.
Resepi ini agak jarang orang buat. Sis pun dah lama tak masak sotong kari ini. Memandangkan sis ada buat Pes Kari jadi rasa nak masak mana yang rasa cepat dan mudah.
Sotong kari ini sis masak semalam (Khamis) dan sis ada bekalkan untuk anak ke sekolah agama.
Habis sesi persekolahan, amin memberitahu mami bahawa semua orang mengatakan bekal yang Amin bawa sangat mengiurkan. Masing-masing mahu mencuba makanan amin.
"Mami.. tadi kat sekolah, kawan-kawan semua cakap bekal Amin sedap"
" Kawan cakap bekal Amin menyelerakan"
" Bukan kawan-kawan sahaja yang cakap macam tu, ustaz pun cakap, bekal Amin mengiurkan".
Mami hanya mampu tersenyum, timbul rasa serba salah pula
Mami berkata " Amin makan sorang ke?"
" Taklah.. Amin makan 4 orang dengan kawan"
" Sekarang kan musim covid-19, boleh ke kongsi makan ramai-ramai?, Kan kena makan di meja masing²" mami bertanya lagi
" Dah semua orang minta.. makan ajelah ramai-ramai"
Mami rasa 😅😅😅
Sesi lain pula Amin bertanya mami masak apa?
"Kenapa?" balas Mami
"Kawan tanya.." Amin membalas
" Sotong Masak Kari dan Tumis Udang"
" Itu saja?" Soal Amin
" Ya..Amin" balas Mami.
Dia mengangguk kepala tanda faham kerana kawan-kawan dia bertanya masakan apa yang mami masak pada petang itu..
RESEPI SOTONG MASAK KARI
Bahan
1 labu besar bawang merah
2 ulas bawang putih
Daun kari secukupnya.
10 ekor sotong dipotong
2-3 sudu besar Pes Kari
100ml santan
Caranya
1. Potong halus bawang merah dan putih
3. Masukkan Sotong yang telah dibersihkan isi dalam serta telah dibasuh bersih.
4. Tumis sehingga sotong kelihatan berwarna putih.
5. Masukkan pes kari anggaran dalam 2-3 sudu besar.
6. Gaulkan rata. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Masukkan perasa cendawan untuk menaikkan rasanya.
7. Masukkan 100ml santan pekat.
8. Masakkan sehingga santan mendidih. Gunakan api kecil supaya santan tidak pecah.
9. Siap untuk dihidangkan dengan nasi panas.
Masa memasak : 10-15minit
Anggaran 4-3 orang makan.
Selamat mencuba. Jika anda rasa resepi ini mudah dan senang. Mohon kongsikan kepada kawan, keluarga dan dunia. Terima kasih.
0 Comments