Bismillah
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
Hari kedua PKP 2.0 dijalankan pada awal pagi dengan usaha menyempurnakan tempat tidur sayuran (Bed Garden).
Bed Garden (Section A)
Tanah yang ada sekali dengan tanah reserve jalan jika dibiarkan akan ditumbuhi oleh rumput sahaja.
Jadi kami usahakan tanah sekangkang kera itu dwnhan membahagikan tanah tersebut kepada 3 batas. Tanaman yang sedia ada kami kekalkan. Rasa sayang pula melihat pokok jagung, cili, terung bendi dll masih proses membesar tambahan pula tanaman tersebut masih mendatangkan hasil kepada kami sekeluarga. Alhamdulillah.
Suami ada memesan batu bata untuk dijadikan penghadang untuk Bed Garden Section A. Harga batu bata 300biji RM60.
Kami meminta jasa baik anak-anak (Amin dan Aishah) untuk mengangkat dan menyusun batu bata pada batas.
Pada waktu petang pula, saya dan suami menghabiskan tanah baja (sisa makanan) yang telah kami simpan berbulan untuk dikambuskan ke dalam tanah untuk dijadikan sebagai baja organik.
Setelah dikambus , tanah tadi kami tutup dengan plastik sampah dan tindihkan dengan batu bata agar binatang krooh krooh tak dapat korek semula.
Rumput tiruan untuk tempat mainan anak-anak (Bahagian D)
Bahagian bawah pokok manggis kami suami isteri bercadang mahu jadikan tempat kawasan mainan anak-anak. Sebelum ini pokok manggis tersebut suami sudah buaian buaian dan juga tempat bergayut.
Kami cuba membuat penambahbaikan supaya anak-anak dapat main lama diluar berbanding duduk terperap di dalam rumah.
Hasil sebahagian yang telah siap. Masih di dalam under construction. Tambahan pula, rumput tiruan yang diorder tidak seperti yang kami harapkan.
Sebahagian pokok cili yang kekuningan dan yang telah rosak telah kami cabut kerana kami bercadang mahu tanam cili ditempat khas (Bed Garden Section A) supaya lebih teratur dan selamat.
Hidangan tengahari
Untuk hidangan hari ini agak istimewa kerana masakan ikan keli sambal dan ikam beli masak kencur merupakan masakan kegemaran anak-anak.
Keli masak sambal
Lele Kencur @ keli masak lemak cekur
Kerabu pucuk paku
Untuk resepi masak cekur kami pernah update. Boleh klik
AYAM MASAK KENCUR. Cara masak sama cuma bezanya saya gunakan ayam. Untuk resepi ikan keli kita akan update kemudian.
Mencantikkan kawasan tempat sampah dan membuat baja organik daripada rumput kering
Pada waktu petang kami habiskan masa untuk kumpulkan rumput, batang, pokok kering untuk dijadikan baja organik.
Suami juga ada menyiramkan rumput kering tadi dengan baja organik bertujuan untuk mewujudkan microoranisma supaya proses untuk dijadikan baja dapat berjalan dengan baik
Selepas disiram dengan baja roti, rumput kering tadi ditutup dengan kain hitam.
Galeri kenangan hari ke-2 PKP 2.0
Alhamdulillah. Aktiviti yang sekejap untuk hari kedua.
Bahagian 3 akan bersambung... Nantikan ...😘
0 Comments