Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

BAJA ROTI

 

Apabila sudah berjinak-jinak dalam dunia berkebun, secara tidak langsung akan belajar juga cara untuk menyuburkan tanaman. 



Bila membaca perkongsian Puan Intan Suhana di Facebook nya. Perkongsiannya bertarikh 12 Februari 2019 telah menarik ramai minat dan mendapat sebanyak 12K perkongsian di facebooknya dan juga viral di media social yang lain dan kini mungkin ramai yang telah mencubanya.

Sis rasa seronok dan geram melihat tanaman yang ditanamnya subur, menghijau dan tumbuh dengan sangat baik. Sis dengan rasa senang hati mahu mencuba sendiri bagaimana membuat baja roti
kerana bahan yang digunakan hanyalah roti dan air yang dicadangkan.

Memandangkan semasa tempoh PKP sis banyak menanam tanaman disekeliling rumah. Jadi, dengan lafaz bismillah sis pun mula membuat baja pada pada 11 Ogos 2020. 


Apakah itu Baja Roti?

Menurut Puan Intan Suhana, nama sebenar Baja Roti ini ialah Mikroorganisma Lokal (MOL). Kos membuatnya sangat murah. Ia hanya menggunakan air dan roti yang enak dimakan begitu sahaja. Semudah membuatnya.

Cara membuatnya juga sangat mudah. Tak perlukan tenaga beria. Bila dah jadi, hanya siraman pada tanaman dan tunggu hasilnya. 

Semua tanaman akan berkembang biak, pucuk baru makin meriah dan berwarna hijau manakala pokok yang tidak berbuah akan mengeluarkan buah.

Menurutnya lagi, MOL ini sebaiknya digunakan dalam tempoh 14hari. Ia juga boleh tahan sampai setahun seandainya anda rajin memberinya makanan gula merah setiap 6 bulan. Gula merah dijadikan sebagai sumber makanan kepada mikrob yang terhasil. Beliau juga menambah, sukatan gula merah pun boleh agak-agak sahaja. Tetapi beliau sendiri belum tahap beri makna kepada mikrob tersebut. Kiranya beliau buat terus guna habis untuk menyiram tanamannya. 


Mari kita lihat cara membuatnya

Baja Roti

Bahan yang diperlukan:-



- Sekeping roti yang masih baik ( kalau anak biasa makan tepi tak habis tu boleh juga buat baja)



- 1.5 liter air tadahan hujan/basuhan beras/air bertapis Coway, Cuckoo dll.
( Sebaiknya tidak menggunakan air paip yang berklorin. Seeloknya, mendapkan dahulu. 
Seperti rumah sis kami menggunakan air bukit, jadi tiada masalah untuk terus buat baja ini).
- botol air mineral 1.5L

Caranya:-

1. Carik atau koyakkan roti menjadi kepingan kecil dan masukkannya ke dalam botol.



2. Masukkan air yang disediakan tadi.

3. Dah siap, tutup penutup botol dengan rapat. 



4. Simpan dalam tempat gelap. Minimum peram dalam masa 4 hari. Untuk lebih berkesan boleh peram sehingga 7 hari. Pastikan setiap 3 hari penutup botol dibuka untuk mengeluarkan gas yang terhasil daripada proses penapaian/peraman.
5. Apabila baja sudah siap bolehlah tuang dalam bekas siraman. 

Baja roti yang disimpan lebih sebulan. Anda akan dapati roti mendap ke bawah. 


6. Bolehlah siram pokok dengan rasa senang hati dan gembira kerana bau baja roti ini tidaklah sekuat baja organik. 

Hasilnya:-

Alhamdulillah ternyata baja roti ini berhasil. Ia membuat tanaman sis menjadi lebih subur, daun bertunas cepat dan menghijau, pokok limau kasturi pun dah berbunga dan mahu berbuah. Begitu juga dengan pokok-pokok lain nampaklah subur, gemuk-gemuk daunnya. 

Sis mula perasan pada 19 September 2020. Masa ini sedang sambut birthday anak no.5. Kami meraikannya diluar rumah ditemani pokok dan tumbuhan disekeliling rumah. 

Perasan syukur dan gembira apabila melihat tanaman menjadi. Mungkin  beginilah perasaan Puan Intan Suhana kerana sis juga sedang mengalami perasaan yang sama. 

Untuk melihat perkembangan tumbuhan/pokok tanaman sis akan kongsi perkembangan pokok sis akan kongsi di Instagram @dusun.abi . Ia memudahkan kerja sis untuk membuat rujukan tarikh dan masa untuk setiap tanaman.

Antara tamanan yang terlibat- 

1. kacang botol- semai dari biji benih.

    




2.  Pokok Tomato - semai dari benih

Sebelum






3. Pokok Terung - semai dari benih

Sebelum

Selepas


4. Pokok Cincau

Sebelum

Selepas



5. Pokok Cili


6. Daun kesum
Sebelum (tarikh: 26 Ogos 2020)


Selepas (Tarikh: 21 September 2020)


7. Limau kasturi


Selepas

Ada lagi tanaman lain seperti bunga matahari, daun sup, ketumbar, kangkung, pegaga, kucai,salad dan lain-lain.

Info tambahan

Jika lupa untuk membuka penutup botol, ianya akan mengeluarkan bau sedikit masam. Semasa membuka botol perlulah berhati-hati kerana ia juga bisa meletop. Pengalaman saya sendiri, anda boleh lihat sendiri keadaan botol, jika nampak kembung gemuk bermakna gas sudah penuh jadi perlu berhati-hati ketika membukanya. 

Boleh juga menggunakan roti yang sudah tarikh luput, asalkan jangan guna roti yang telah berkulat. 

Bila Air Baja roti menggunakan air basuhan beras ianya sedikit sebanyak dapat membantu dalam proses  menyuburkantanaman kerana air basuhan beras juga popular dikalangan ibu yang suka berkebun dirumah. 

Selain itu juga air basuhan ikan/ayam juga sangat sesuai dijadikan sebagai baja. Kosnya yang murah dan jimat. Bezanya,  cuma perlu berhati-hati supaya sisa lemak ikan/ayam tidak dicampurkan sekali kerana ia akan mengundang kehadiran serangga lain seperti semut,siput dan yang dapat merosakkan tanaman. 

Kesimpulannya, jika ingin mendapatkan sesuatu hasil yang baik dalam pertanian. Baja adalah salah satu elemen penting untuk memastikan ianya hidup dengan subur dan baik. 

Jika anda rasa artikel ini menarik dan berguna,sila kongsikan kepada rakan anda. Terima kasih. 


Post a Comment

0 Comments